Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
ini ada satu kisah yang menarik yang boleh di kongsi bersama tentang
kisah seorang wali Allah yang solat di atas Air.. Semoga kisah ini dapat
di jadikan teladan kepada kita semua..
Nak dijadikan cerita pada suatu ketika
ada sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk
ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal
itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal
itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri
mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan
cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia
kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu
turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di
atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama
dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia
berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!”
Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga
itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan
tinggalkan kami!”
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah
orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki
itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah,
tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam
ini?”
Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”
Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”
Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”
Kesemua mereka sanggup meninggalkan
harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata,
“Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami
semua selamat.”
Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah
seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah
yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama
kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun
tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang
perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu
apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal
yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”
Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”
Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali
Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta
fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”
Wali Allah berkata, “Sekiranya Allah
kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan
membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”
Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”
Setelah wali itu mendengar pengakuan
dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air,
kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan
semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu
timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua
barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang
ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju.
Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu
terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua
fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal.
Wallahu a’alam.
Kisah-kisah teladan
EmoticonEmoticon